Chelsea kembali mempamer kebangkitan apabila membelasah Leeds 5-1 di suku akhir Capital One. Gol Chelsea adalah dari Juan Mata, Branislav Ivanovic, Moses, Hazard dan Torres manakala Leeds membalas melalui Luciano Becchio.
ivanovic menjaringkan gol ke-2 Chelsea
Aksi di suku akhir ini juga dilalui Chelsea selepas tiga hari sampai dari Jepun dan membuktikan Chelsea masih tidak hilang sengat untuk bersaing merebut kejuaraan. Membuktikan juga merek sudah bangkit kekecewaan terkeluar awal dari Liga Juara2 serta tewas di final kejohanan kelab dunia kepada Corinthians.
Singapura membenam Thailand dengan keputusan 3-1 di stadium jalan besar. Di mana Singapura bermula garang di separuh masa pertama apabila mendapat gol melalui Fahrudin Mustafic iaitu penalti, namun penalti perlu di ulang sekali lagi apabila pengadil mendapati pemain2 Singapura terlebih dulu berlari masuk ke kotak penalti semasa sepakan. Fahrudin tidak melakukan kesilapan apabila tetap dapat menjaringkan gol menewaskan Kawin.
Masuk separuh masa ke-2 Thailand terus mengasak dan mendapat gol melalui Adul Lahso yang tidak dikawal dalam kotak penalti. Belum sempat Thailand bergembira 2 minit selepas itu Khairul Amri menjaringkan gol serta selepas itu juga Baihakki Khaizan menambah derita Thailand di masa tambahan. Singapura juga mendominasi perlawanan.
Jurulatih Singapura walaubagaimanapun mengingatkan pemain2nya agar terus berwaspada terutama pada semi ke-2 di Bangkok nanti, katanya Thailand adalah pasukan yang bagus dan pasti mereka berhabis-habisan di semi k2- sabtu ini (22/12).
Jurulatih Thailand pula seperti biasa yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk menterbalikkan defisit gol. Untuk rekod, ini adalah kekalahan pertama Thailand di AFF suzuki 2012 ini.
Analisis : Arsenal perlu menang untuk kembali dalam kedudukan 4 terbaik setelah banyak membazirkan mata sebelum ini, bagi reading pula kedudukan di antara 3 pasukan tercorot liga dan perlu berhabis-habisan untuk mengelak terjatuh ke liga championship setelah layak musim ini.