Masuk separuh masa ke-2 Thailand terus mengasak dan mendapat gol melalui Adul Lahso yang tidak dikawal dalam kotak penalti. Belum sempat Thailand bergembira 2 minit selepas itu Khairul Amri menjaringkan gol serta selepas itu juga Baihakki Khaizan menambah derita Thailand di masa tambahan. Singapura juga mendominasi perlawanan.
Jurulatih Singapura walaubagaimanapun mengingatkan pemain2nya agar terus berwaspada terutama pada semi ke-2 di Bangkok nanti, katanya Thailand adalah pasukan yang bagus dan pasti mereka berhabis-habisan di semi k2- sabtu ini (22/12).
Jurulatih Thailand pula seperti biasa yakin dengan kemampuan anak buahnya untuk menterbalikkan defisit gol. Untuk rekod, ini adalah kekalahan pertama Thailand di AFF suzuki 2012 ini.
No comments:
Post a Comment