support blog ^^

Thursday, January 10, 2013

Isu Perpindahan Mat Yo

Kini isu paling hangat dalam dunia bola sepak tempatan pasti isu perpindahan bekas penyerang kelantan iaitu norshahrul idlan talaha atau matyo ke johor. sampai sekarang isu ini masih belum selesai lagi tapi aku berharap isu ini diselesaikan dengan cara baik kerana ianya memudaratkan matyo serta akan menyebabkan prestasinya di padang akan terjejas, mat yo tak bersalah tapi mungkin undang2 perpindahan pemain di malaysia ini agak longgar dan tak jelas menyebabkan ada pihak yang mungkin teraniaya.




Perkara 2.2 dalam kontrak pemain memang menyebut bonus dan pembayarannya hak mutlak ahli gabungan FAM.


Kelantan sebut bonus hak mutlak KAFA. Betul. 
Tetapi aku ambil contoh aku bekerja di The Malay Mail untuk 2004. Sepanjang tahun bagi story eksklusif dan 52 story muka depan. Tapi 2005 aku berhijrah ke Astro Arena. Bukankah aku patut dibayar sepanjang membanting tulang pada 2004 oleh majikan lama? Itulah pemahaman aku yang kolot ini.

Jika Pemain tidak berpuashati dengan keputusan Ahli, Pemain boleh dalam masa tujuh (7) hari merayu kepada Jawatankuasa Status Pemain Persatuan dan jika masih juga tidak berpuashati Pemain boleh merujuk kepada Dewan Penyelesaian Perselisihan Kebangsaan (DPPK)/NATIONAL DISPUTE RESOLUTION CHAMBER (NDRC) dan jika masih tidak dapat diselesai maka pihak-pihak yang berkenaan hendaklah merujuk kepada Majlis Timbangtara mengikut Akta Timbangtara 1952 yang mana keputusan adalah muktamad.

Malang sekali jika kedua-dua pihak terpaksa bawak kes ke DPPK.

Perkara 8.5 Apabila Pemain melakukan penamatan perjanjian secara sebelah pihak atau tanpa alasan, maka Ahli berhak mendapat ganti rugi dari seluruh baki nilai kontraknya.

Jadi Johor harus bayar Kelantan. Mudah saja.


PERKARA 11 : PERUNTUKAN KHAS DI ANTARA PEMAIN PROFESSIONAL DAN PASUKAN BARU. 11.1 Pasukan Baru yang berhasrat untuk menyempurnakan kontrak dengan seseorang Pemain Professional daripada Pasukan Asal, boleh memaklumkan kepada Pasukan Asal terlebih dahulu secara bertulis sebelum membuat apa-apa perjanjian atau perundingan dengan Pemain berkenaan iaitu dalam masa enam (6) bulan sebelum kontrak tamat.

11.2 Pasukan Asal setelah menerima permohonan daripada Pasukan Baru hendaklah memberikan makluman balas kepada Pasukan Baru dalam masa 14 hari daripada tarikh surat diterima dan jika gaga berbuat demikial, Pasukan Baru boleh berunding dengan Pemain Professional tersebut.


11.3 Jika Pasukan Asal tidak bersetuju dengan hasrat Pasukan Baru untuk berunding dengan Pemain Professional tersebut, maka Pasukan Baru tidak boleh menghubungi atau berbincang dengan Pemain berkenaan bermula daripada tarikh surat dikeluarkan oleh Pasukan Asal.


11.4 Pasukan Asal hendaklah memberikan notis melanjutkan perjanjian ini mengikut Perkara 10.


Apakah syarat-syarat ini dipatuhi oleh Matyo dan Johor FA? Jika syarat-syarat ini dipatuhi dan KAFA sudah dimaklumkan awal, tiada masalah buat Johor FA.


PERKARA 12 : PENYELESAIAN MUKTAMAD SEBARANG PERSELISIHAN.

12.1 Sebarang perselisihan yang timbul antara pihak-pihak yang berkaitan dengan Perjanjian ini dan yang tidak diselesaikan dengan memuaskan kedua-dua pihak akan dirujuk kepada Jawatankuasa Status Pemain ATAU Dewan Penyelesaian Perselisihan Kebangsaan (DPPK) mengikut isu kes. Jika perselisihan itu tidak dapat diselesaikan oleh Jawatankuasa Status Pemain ATAU DPPK ia akan dirujuk kepada MAJLIS TIMBANGTARA (COURT OF ARBITRATION) menurut Akta Timbangtara 1952 oleh seorang Arbitrator yang dipersetujui bersama oleh Ahli dan Pemain. Proses itu akan diadakan di Malaysia. Keputusan Arbitrator adalah muktamad dan hendak diterima oleh semua pihat terbabit. Bayaran kos Arbitrator hendaklah ditanggung oleh kedua-dua pihak seperti diputuskan oleh Arbitrator. 


Harap tak perlu sampai ke sini. Berita terbaru KAFA sudah setuju dengan Johor untuk Matyo berpindah. Kerana kalau kita kaji butiran kontrak yang tertera, advantage Kelantan, melainkan jika semua syarat-syarat kontrak dan penamatan kontrak dipatuhi. Apakah Kelantan mencatat kemenangan 1-0 di luar padang dua bulan sebelum sepak mula tetapi kehilangan sebutir permata yang banyak membantu mengangkat status Kelantan dua tiga musim kebelakangan ini?

Aku ada mendapat maklum balas bagaimana pula jika KAFA sudahpun meletakkan imej dan jenama The Red Warriors dengan berpaksikan kepada Matyo...mudah, kerana risiko pemain berhijrah sama ada di dalam atau luar kontrak adalah lumrah alam bola sepak.

Pengajaran daripada isu ini - pemain ibarat satu komoditi dalam dunia bisnes. Mengurus sebuah pasukan bola sepak yang dianggotai individu dengan pelbagai masalah duniawi tidak semudah A, B dan C. Pancing-memancing pemain juga adalah perkara biasa, sebab itu satu ketika dahulu Kuala Lumpur meletakkan harga RM1 juta kepada Azman Adnan dan Azrul Amri Burhan.


sumber :  http://rizalhashim.blogspot.com 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CoMe To Me !!!

RaNK BLoG

LaTeST ZaCKFooTeRS !!!!