support blog ^^

Friday, January 20, 2012

Jurulatih Futsal itu adalah Aku...



harap tahun 2012 akan menjadi titik mula kepada impianku ini..insyaAllah..

baru saja menelefon persatuan bolasepak kedah 4 hari lepas untuk bertanya bagaimana mahu menjadi jurulatih futsal..bercakap dengan encik Jamil (pengarah teknikal) dan banyak input yang di dapati darinya tentang karier ini..untuk maklumat yang lebih lanjut aku di syorkan bercakap dengan orang yang sepatutnya..

semalam aku bercakap pula dengan Dato' Ahmad Shafie (pengarah kejurulatihan)..di mana dia mewakili pihak FAM dalam Kedah FA ini..katanya aku perlu memiliki sijil awalan (seperti kata encik Jamil juga) untuk melayakkan aku mengambil lesen C (iaitu lesen untuk menjadi jurulatih dari Konfederasi Bolasepak Asia atau AFC)...

katanya sijil awalan di perlukan untuk membiasakan bakal-bakal jurulatih dengan latihan sebenar apabila mengambil lesen C nanti untuk mengelakkan peserta gagal..di mana jika gagal maka duit yang di bayar untuk lesen C juga lebur bersama kegagalan itu (untuk awalan juga ada yurannya tapi kita tetap akan dapat di akhir kursus)..fikir-fikirkan..insyaAllah katanya dalam masa terdekat kursus awalan akan di adakan di kedah...

selepas memiliki lesen C barulah para jurulatih ini boleh memilih bidang bolasepak atau futsal...untuk bolasepak kita kena memilih untuk menjadi jurulatih di bahagian mana, macam untuk penjaga gol, kecergasan, pertahanan dan serangan...untuk futsal berlainan sikit dari bolasepak sebab aspek permainan yang berbeza.

Kenapa aku memilih futsal..? sebab aku rasa aku mampu berjaya dalam futsal serta aku minat cara permainan futsal yang pantas dan lebih bervariasi, selain itu aku ingin berjaya di malaysia dan seterusnya mengembangkan karier ke luar negara satu hari nanti. Aku juga ingin menjadi jurulatih untuk satu pasukan yang lemah dan seterusnya membuktikan aku boleh membentuk pasukan itu menjadi pasukan juara, insyaAllah.. bolasepak mungkin aku akan ceburi juga tapi rasa tak ada seserius futsal. Tapi rezeki Allah yang tentukan, apa saja boleh terjadi..sebab DIA adalah sebaik-baik perancang..dan DIAlah yang maha mengetahui...kepada yang terbaca artikel ini..doakan aku berjaya mencapai cita-cita untuk bergelar jurulatih futsal dan mencapai kejayaan di dalam sukan futsal ini...sebab aku tak mampu tanpa doa dan sokongan yang di berikan...dan semoga Allah membuka jalan untuk aku berjaya..insyaAllah..


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CoMe To Me !!!

RaNK BLoG

LaTeST ZaCKFooTeRS !!!!