support blog ^^

Tuesday, February 1, 2011

Perpindahan Pemain BPL Terkini Lagi Sensasi !!!

 Fernando Torres & David Luiz ke Chelsea !!!

Berkenaan....

Penyokong : amat menarik untuk diperkatakan tentang perpindahan ini kerana tentunya perpindahan Torres ke Chelsea mengundang kemarahan fans Liverpool kerana Chelsea dianggap musuh ketat mereka sama seperti Man Utd. Tapi mungkin tak apa bagi David Luiz.

Chelsea : Akan menguatkan bahagian depan yang semakin longlai di pertengahan musim BPL, ini kerana torres memiliki sentuhan berbisa serta finishing yang terbaik. Seta dengan kehadiran david Luiz mampu menguatkan bentang Chelsea yang lemah tanpa Alex yang terpaksa berehat panjang, Luiz juga mempunyai skil yang baik serta mampu menjaringkan gol.

Harga : Torres - 50 juta & David Luiz - 21.3 juta (pound). Harga & kualiti memang ok tapi perlu berhati-hati dengan undang2 baru UEFA yang mengehadkan pengeluaran wang untuk membeli pemain bagi menjaga pasaran pemain.

 
Luis Suarez & Andy Carroll ke Liverpool

Berkenaan...

Penyokong : Tiada masalah bagi ke2-2nya.

 Liverpool : kehadiran ke-2-2 pemain mampu menguatkan jentera serangan, Carroll mampu menjaringkan gol serta mencipta peluang dengan tandukan serta amat berguna untuk corner & free kick. Suarez pula memiliki kepantasan serta skil menggelecek yang baik...kombinasi yang agak mantap !!!

Harga : Luis Suarez - 22.8 juta & Andy Carroll 35 juta (pound)

Target Liverpool seterusnya : Charlie Adam (Blackpool), agak sukar kerana Blackpool masih demand harganya

REKOD PERPINDAHAN TOP 10 :
1. Cristiano Ronaldo
(Man Utd to Real Madrid, 2009, £80 million)
2. Zlatan Ibrahimovic
(Inter Milan to Barcelona, 2009, £56.5 million)
3. Kaka
(AC Milan to Real Madrid, 2009, £56 million)
4. Fernando Torres
(Liverpool to Chelsea, 2011, £50 million)
5. Zinedine Zidane
(Juventus to Real Madrid, 2001, £46.5 million)
6. Luis Figo
(Barcelona to Real Madrid, 2000, £37 million)
7. Hernan Crespo
(Parma to Lazio, 2000, £35.5 million)
8. Andy Carroll
(Newcastle to Liverpool, 2011, £35 million)
9. David Villa
(Valencia to Barcelona, 2010, £34 million)
10. Gianluigi Buffon
(Parma to Juventus, 2001, £32.6 million)


Untuk Perpindahan Lengkap BPL :
http://footyroom.com/transfer-center/?league=epl

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CoMe To Me !!!

RaNK BLoG

LaTeST ZaCKFooTeRS !!!!